Selasa, 30 Jun 2009

Biodata

Nama : Diana binti Jumadi
Alamat Semasa : 3-1-4, Kolej Harun Aminurrashid,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900, Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.
No. Telefon : (Pejabat) 05-4582148
(H/P) 012-8103778
Emel : diana@pbm.upsi .edu.my
die_fiq@yahoo.com




MAKLUMAT PERIBADI
Tanggal 07 Julai 1984, telah lahir seorang insan di Hospital Besar Tawau Sabah. Beragama Islam, berbangsa Melayu dan masih berstatus bujang. Merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Mula berkhidmat di Pusat Bahasa Moden, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 01 Julai 2008 sebagai seorang pendidik. Kursus yang diajar ialah Wacana Akademik Bahasa Melayu dan kini menjadi felo di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sejak 01 April 2009.


KELAYAKAN AKADEMIK
Mendapat pendidikan awal di SRK Holy Trinity, Tawau Sabah, kemudian melanjutkan pelajaran di SMK Konvent St.Ursula sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di SMK Kuhara, Tawau. Tamat pengajian di sekolah menengah, diterima untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah pertama dalam bidang Pengajian Melayu mengkhusus dalam Bahasa Melayu dan Linguistik di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.


PENGALAMAN DALAM DUNIA PENDIDIKAN
Mula berjinak-jinak dalam dunia pendidikan ketika masih menuntut di Universiti Malaya sebagai tutor dan guru tuisyen. Apabila tamat pengajian, pernah mengajar subjek Malay as a Second Language di Sri Cempaka International School selama hampir enam bulan. Sebelum itu, pernah juga bekerja sebagai editor di salah sebuah syarikat swasta di Seri Petaling merangkap guru yang bertanggungjawab mengajar subjek bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki UPSR,PMR dan SPM. Sejak 01 Julai 2008 telah ditawarkan untuk mengajar di UPSI hingga hari ini.