NAMA KURSUS : WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU
(Malay Academic Discourse)
KOD KURSUS : UBM1032
KREDIT : 2
SLT : 80 Jam
PRASYARAT : Tiada
SEMESTER : Pertama / Kedua
HASIL PEMBELAJARAN:
1. Menganalisis komunikasi ilmiah daripada aspek teknikal dan isi kandungan. (K4)
2. Mengaplikasi keupayaan komunikasi dan membuatperancangan menghasilkan penulisan
ilmiah. (A2)
3. Menulis kertas kerja ilmiah berdasarkan tema yang diberi.(P4)
4. Membentangkan hasil projek secara berkumpulan. (A4)
SINOPSIS:
Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi wacana akademik pelajar mengikut disiplin masing-masing. Penekanan diberikan pada kedua-dua kemahiran bahasa, iaitu kemahiran reseptif dan kemahiran produktif. Pelajar didedahkan dengan teori dan ciri wacana akademik serta dilatih mengaplikasikan kemahiran komunikasi secara berkesan.
(The objective of this course is to improve students’ academic communication skills in their respective disciplines. Focus is stressed upon both productive and receptive skills. Students are exposed to theories and characteristics of academic discourse and trained to apply communicative skills effectively.)
KANDUNGAN:
1. Pengucapan awam.
Bentuk pengucapan awam, tujuan pengucapan awam, Jenis ucapan, petua ucapan etika dan etiket dalam pengucapan awam, etika dan etiket dalam pengucapan awam.
2. Analisis dan penilaian pengucapan awam.
Penilaian dalam pengucapan awam mengikut kriteria penilaian kendiri dan Penilaian secara holistik.
3. Mengakses dan memproses maklumat
Definisi maklumat, jenis maklumat, mengakses maklumat, memproses maklumat dan ciri-ciri sumber maklumat.
4. Penulisan Ilmiah.
Jenis-jenis penulisan ilmiah, ciri-ciri penulisan ilmiah, gaya penulisan ilmiah dan contoh penulisan ilmiah
5. Bahasa dalam penulisan ilmiah.
Tatabahasa sebagai aspek sistem bahasa, penanda wacana dan laras Bahasa
6. Pemerengganan dalam penulisan ilmiah.
Perenggan pengenalan, perenggan isi, perenggan penutup, jenis-jenis perenggan, binaan perenggan, koheren dan kohesi
7. Penyuntingan.
Jenis-jenis penyuntingan, aspek-aspek teknikal, penyuntingan bahan terjemahan dan proses penyuntingan
8. Projek ilmiah.
Merancang projek ilmiah dan melaksanakan projek ilmiah.
9. Penilaian dan Pendokumentasian Projek Ilmiah.
Penilaian, dokyumentasi, mencetak, memindahkan dalam bentuk cakera padat dan merekod
PENILAIAN: Kerja Kursus 100 %
RUJUKAN :
Asmah Haji Omar (2006) Panduan wacana akademik: Teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Bahasa Melayu. (2008). Modul Wacana Akademik Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.
Mohd Azhar Abd. Hamid (pnyt). (2001). Pengenalan kepada penulisan ilmiah. Skudai, Johor : Penerbit UTM.
Sidhu, K. K. (2006). Pengucapan awam dan kemahiran persembahan. Kuala Lumpur: Penerbit UM.
Supyan Hussin & Azhar Jaludin (2003). Kecemerlangan dalam pengucapan awam. K.Lumpur : Utusan Publications & Distributors.

