Diriku sendiri tanpa dirimu
Kau telah pergi jauh dari hatiku
Meninggalkan diriku tanpa jawapan yang pasti
Sungguh perit hatiku merasakannya
Apa salahku hingga kau
Sanggup meninggalkanku
Kerana dirinya
Yang belum tentu tulus mencintaimu
Sepertimana aku mencintaimu
Kenapa mudahnya runtuh setiamu
Terhadap diriku yang tulus mencintaimu
Mudahnya maaf yang kau lafazkan
Setelah hancur hati ini kau lukai
Biarlah aku pergi membawa hati yang luka
Walaupun kau tiada lagi disisiku
Namun kenangan yang kau beri
Sentiasa terpahat dalam hati ini
Selamanya.............
Perit hati ini kerana kau memilih dirinya
Membiarkan diri ini hanyut
Tanpa kasih sayangmu lagi...

