Kursus Wacana Akademik Bahasa Melayu merupakan kursus wajib Universiti yang perlu diambil oleh para pelajar UPSI untuk bergraduasi. Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran berkomunikasi wacana akademik dalam kalangan pelajar. Penekanan diberi pada kedua-dua kemahiran bahasa, iaitu kemahiran reseptif dan kemahiran produktif. Sepanjang kursus ini, pelajar didedahkan dengan teori dan ciri wacana akademik serta mengaplikasikan kemahiran komunikasi yang telah diajar.
Kursus ini amat berguna kepada pelajar UPSI yang seperti yang kita semua sedia maklum , para pelajar ini akan berhadapan dengan situasi alam persekolahan yang menuntut mereka untuk mahir dalam bahasa lisan mahupun tulisan. Komponen penilaian dalam kursus ini meliputi kedua-dua kemahiran iaitu, aktiviti lisan dan penulisan esei serta penganjuran program berbentuk ilmiah.

