Melihat kepada permasalahan bahawa kurangnya pengetahuan dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang bahasa, maka terdetik untuk melakukan kajian yang berkaitan analisis kesilapan penggunaan bahasa Melayu yang dilihat dari aspek morfologi dan sintaksis. Berdasarkan tugasan esei yang diberi kepada para pelajar IPT menunjukkan sebahagian besar daripada pelajar yang dinilai tidak mampu mengarang dengan baik. Hal ini jelas apabila dikaji dari sudut penggunaan morfologi dan sintaksis dalam esei yang mereka hasilkan.
Oleh sebab masalah ini agak kerap dilakukan oleh para pelajar dan tidak ketinggalan pelajar IPT, maka saya terdorong untuk membuat analisis jenis-jenis kesilapan yang dilakukan oleh para pelajar mengikut kekerapan.

