Kursus Wacana Akademik Bahasa Melayu adalah dinilai berdasarkan 100 peratus markah kerja kursus. Terdapat 5 komponen yang dinilai untuk menentukan gred para pelajar, iaitu:
1. LISAN - 15 Markah
2. ESEI - 25 Markah
3. UJIAN - 30 Markah
4. PROJEK ILMIAH - 25 Markah
5. LATIHAN MODUL - 5 Markah
JUMLAH - 100 Markah
1. Lisan
Aktiviti Lisan yang akan dibuat adalah ditentukan sendiri oleh pelajar. Lisan ini dilakukan untuk menguji kemahiran para pelajar berkomunikasi di hadapan khalayak menggunakan bahasa verbal dan bukan verbal dengan baik.
2. Esei
Tajuk esei yang akan dihasilkan oleh para pelajar adalah ditentukan oleh pengajar untuk mengelakkan tajuk relevan. Penulisan esei ini penting untuk mengukur tahap kebolehan para pelajar menghasilkan esei yang berkualiti mengikut organisasi teks yang baik dan sistematik.
3. Ujian
Ujian biasanya dilakukan pada minggu ke-13. Tajuk ujian adalah meliputi tajuk yang telah diajar dan dipraktikkan dalam kelas. Ujian adalah berbentuk struktur dan para pelajar dikehendaki menjawab semua soalan. Ujian mampu mengukur tahap kefahaman dan penerimaan para terhadap keseluruhan topik yang telah dipelajari.
4. Projek Ilmiah
Projek Ilmiah diadakan untuk memantapkan kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan para pelajar. Program yang ingin dibuat adalah ditentukan sendiri oleh pelajar dengan syarat program tersebut mestilah berbentuk ilmiah. Program tersebut melatih para pelajar berucap di hadapan khalayak dengan menjadi juruacara majlis dan menyampaikan persembahan dan juga menulis kertas kerja, minit mesyuarat, surat-menyurat, buku program dan sebagainya. Program sebegini agak bermanfaat untuk bakal guru sebagai bekalan untuk mereka gunakan apabila bertugas sebagai seorang guru di sekolah kelak.
5. Latihan Modul
Latihan dalam modul ini perlu dibuat oleh para pelajar untuk mendapatkan 5 peratus daripada markah keseluruhan. Latihan ini akan dibuat oleh pelajar mengikut topik berdasarkan kehendak pengajar masing-masing

