Ahad, 28 Jun 2009

Kursus Umum Bahasa Moden

Kursus Umum Komunikasi Bahasa Moden terbuka kepada semua pelajar, staf UPSI dan orang awam. Semua kursus tersebut mengandungi 3 peringkat untuk tempoh 3 semester pengajian, iaitu Tahap Asas, Tahap Pertengahan dan Tahap Lanjutan.

Kesemua kursus tersebut mengandungi 4 jam kredit untuk satu semester pengajian. Para peserta kursus ini yang berjaya menamatkan pengajian mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Universiti dan Pusat Bahasa Moden layak menerima sijil. Pendaftaran untuk mengikuti kursus ini boleh dibuat di Pejabat Am Pusat Bahasa Moden selepas iklan tawaran pendaftaran dikeluarkan. Borang pendaftaran boleh didapati di Pejabat Am Pusat Bahasa Moden atau dimuat turun dari laman web pusat